LAWATAN PEMANTAUAN SURAU IMARAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

Alhamdulillah…. sebentar tadi Surau Al-Hikmah SMK (P) Sultan Ibrahim telah dilawati pasukan pemantau dari Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pasukan penilai tersebut ¬†diketuai oleh Tn Hj Mohamad Zaki bin Husin, Ketua Sektor Dakwah dan Kepimpinan bersama dua pegawai lain dari BPI iaitu Ustaz Al-Huzaie bin Sulaiman dan Ustaz Hamidi bin Zakaria.

Mereka diiringi pegawai dari Sektor Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pelajaran Negeri Johor iaitu Ustaz Mohd Hairozi (Penolong Pengarah Unit Dakwah) merangkap mewakili Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral, Ustaz Mahmood Kasim (Penolong Pengarah Pengurusan Kepimpinan) dan Ustaz Najib Nazar (Penolong Pengarah Unit Pembangunan Syiar dan Budaya).

Kehadiran mereka telah disambut oleh Hjh Afrinah Mohd Ikhsan dan barisan penolong Kanan termasuk Pengerusi Jawatankuasa Surau, Pn Sh Junaidah Syed Abd Rahman. Mereka dijemput ke Bilik Galeri untuk jamuan sebelum bergerak ke Bilik Mesyuarat untuk sesi penilaian. Di dalam bilik mesyuarat, sejurus doa majlis oleh Ustaz Tn Hj Mohd Ali Khanafiah, mereka dipersembahkan dengan video korporat Surau Al-Hikmah yang bertujuan memberi gambaran sepintas lalu tentang Surau Al-Hikmah. Kemudian, pengetua SIGS, Hjh Afrinah Mohd Ikhsan telah membentangkan persembahan power point Surau Al-Hikmah secara terperinci disusuli dengan semakan fail surau oleh barisan pemantau. Kemudian, giliran Tn Hj Mohamad Zaki Husin pula memberikan ulasan tentang semakan dan penilaian Surau Al-Hikmah. Selepas urusan semakan perfailan selesai, para tetamu bergerak ke surau untuk melihat sendiri keadaan fizikal operasi Surau Al-Hikmah secara dekat melalui taklimat yang diberikan dari guru Pendidikan Islam.

pantau 1

 

pantau 2

 

pantau 4

 

pantau 5

 

pantau 6

 

20131106_112046[1]

 

pantau 8

PROJEK PELUPUSAN AL-QURAN LAMA

Pada 22 Oktober yang lalu, Badan Dakwah Sekolah dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Al-Hikmah telah mengadakan projek amal melupus al-Quran lama dan usang yang tidak lagi boleh dibaca, disimpan dan digunakan.

Buat permulaan, stok al-Quran lama telah diterima dari pihak pengurusan surau Asrama. Pihak jawatankuasa projek menerima sebanyak 40 naskhah Al-Quran dan lebih 50 naskhah yasin yang sudah lusuh, koyak dan tidak dapat diguna lagi untuk dilupuskan dibawah projek tersebut. Sebelum melaksanakan tugasan tersebut, satu talimat khas diberikan oleh Us Mohd Nazuin kepada pelajar agar setiap prosedur pelupusan dipatuhi dan diikuti.

20131022_114916 20131022_115335 20131022_125148

BENGKEL SEMBELIHAN

Pada 22 Oktober yang lalu, Badan Dakwah dengan kerjasama Jawtankuasa Surau, Persatuan Pendidikan Islam telah menganjurkan program sembelihan bagi pelajar PASCA PMR dan Tingkatan 4. Program bermula pada jam 8 dan berakhir pada 11 pagi. Penceramah jemputan adalah Ustaz Asmuni dari bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor.

20131022_081053 20131022_095532 20131022_105906

BENGKEL BESTARI SOLAT & PENGURUSAN JENAZAH PASCA PMR

Pada 21 Oktober hari Isnin yang lalu, selesai dua program dalam kalendar anjuran Badan Dakwah dan Jawatankuasa Surau dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Persatuan Pendidikan Islam. Program tersebut diadakan bagi menyediakan aktivitii berfaedah kepada pelajar selepas menghadapi PMR. Bengkel Solat dimulakan pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi. Sejurus rehat, pelajar mengikuti program pengurusan jenazah. Buat julung kali program ini juga ‘dinaik taraf’ oleh pihak pentadbiran untuk dijadikan LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan) kepada para guru dan kakitangan sekolah.

Dalam kedua-dua program tersebut, Ustaz Halim Shah dan pembantunya dijemput memberikan ceramah kepada pelajar. Program dilaksanakan sepenuhnya di surau.

20131021_102629 20131021_111902

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MAHKAMAH SYARIAH JOHOR BAHRU

Pada hari Selasa, 24 September yang lalu, Badan Dakwah dengan kerjasama Panitia P.Islam, Persatuan Pendidikan Islam dan Pergerakan Puteri Islam telah menganjurkan lawatan ke Mahkamah Syariah Johor Bahru. Ini merupakan lawatan ke2 dari SIGS sejak dimulakan pada tahun 2011 yang lalu.

Kali ini lawatan disertai oleh 51 orang pelajar yang 3 orang guru pengiring. Pelajar terdiri dari ahli Persatuan Pendidikan Islam, Pergerakan Puteri Islam dan masing-masing 3 orang pelajar bagi setiap kelas Tingkatan 4 dan 5. Manakala guru pengiring diketuai oleh Pn Sh Junaidah Syed Hasan, Penolong Kanan HEM, Ustaz Mohd Nazuin (Penyelaras program) dan Ustazah Nur Fatehah.

Setibanya kami disana, kami dibawa ke dewan seminar di tingkat 6 bangunan Mahkamah untuk diberikan taklimat oleh pegawai Mahkamah iaitu Yang Arif Tuan Mohd Syahir Sahab dan Yang Arif Tuan Hj Safrizal Firdaus. Kemudian kami dibawa mengikuti kes perbicaraan kes jenayah yang sedang berlangsung. Kami amat bertuah kerana dapat mengikuti 4 kes perbicaraan secara langsung yang pastinya amat memberi kesan kepada para peserta lawatan. Selepas satu jam mengikuti perbicaraan, kami dibawa ke dewan perbicaraan kosong untuk mengikuti sesi ‘perbicaraan’ yang dilakonkan oleh beberapa peserta lawatan yang terpilih. Dengan cara ini, mereka yang terpilih perlu melakonkan watak masing-masing sama di dewan perbicaraan sebenar melalui teks yang telah disediakan. ¬†Semoga lawatan ini memberi impak besar kepada pelajar dan mengambil pengajaran dari kes yang dibicarakan.

103

 

102

112

 

117

LAWATAN KUNJUNG BANTU SPIM, JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR KE SURAU AL-HIKMAH, SIGS

Pada hari Isnin 30 September 2013 yang lalu satu delegasi yang terdiri dari pegawai Sektor Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah melawat Surau Al-Hikmah melalui Program Kunjung Bantu yang telah dianjurkan oleh pihak SPIM sendiri. Delegasi lawatan tersebut diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Azman Bin Yunos (Penolong Ketua Pengarah SPIM, Al-fadhil Ustaz Mohd Hairozi bin Muhammad (Ketua Unit Operasi Dakwah & Kepimpinan) SPIM, Al-fadhil Ustaz Mahmood Bin Kassim (Penolong Ketua Unit Dakwah dan Syiar Islam) dan Al-fadhil Ustaz Mohd Najib Bin Nazar (Penolong Ketua Unit).

Kehadiran mekera telah disambut oleh Pn Hjh Afrinah Mohd Ikhsan, pengetua SMK (P) Sultan Ibrahim, penolong-penolong Kanan dan Ahli Jawatakuasa Surau Al-Hikmah dan telah dijemput ke bilik mesyuarat untuk sesi taklimat dan ucapan aluan. Dalam majlis tersebut, Al-Fadhil Ustaz Mohd Azman Bin Yunos mengumumkan secara rasmi pelantikan Surau Al-Hikmah, SMK (P) Sultan Ibrahim sebagai wakil ke Pertandingan Surau Imarah peringkat kebangsaan tahun 2013 yang julung-julung kali diadakan di peringkat Kebangsaan. Dalam ucapan beliau, beliau memberikan sedikit komentar dan pendapat yang menjadi hasrat SPIM, JPNJ sendiri untuk melihat Surau Al-Hikmah muncul sebagai pemenang pertama Pertandingan Surau Imarah peringkat kebangsaan. Dalam majlis itu juga, Al-Fadhil Ustaz Azman mengumumkan bantuan waran dan naskhah Al-Quran untuk diberikan kepada Surau Al-Hikmah sebagai keperluan dan persiapan menghadapi pertandingan tersebut.

20130930_090755[1]

 

20130930_090743[1]

 

20130930_110303[1]

PBSMR GANTI PMR PADA 2014

Sekadar untuk makluman warga SIGS dan pembaca budmian, seperti yang diketahui umum, Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang telah dimulakan pada 1995 bagi menggantikan Sijil Rendah Pelajaran (sehingga 1994) akan dimansuhkan mulai taun hadapan. Justeru PMR tahun ini merupakan PMR yang terakhir dan digantikan dengan PBSMR bersama dengan konsep dan pendekatannya yang lebih menyeluruh. Demikian dipetik dari akhbar berita harian bertarikh 1 Oktober 2013. Berdasarkan petikan akhbar tersebut, hanya 4 subjek teras dikekalkan dalam bentuk penilaian asal yang melibatkan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

PBSMR